Rabu, 10 Mei 2017

Double_Six

DOUBLE SIX
~Tragedi itu telah menyebabkan kesemua penumpang dalam Pesawat GAF Nomad pada 6 Jun 1976  terkorban. pesawat malang dalam perjalanan balik ke kota Kinabalu dari Labuan terhempas di perairan Sembulan.

Sebagaimana proses siasatan kemalangan kapalterbang, maka Kotak Hitam merupakan bahan bukti utama siasatan selain badan pesawat. Laporan menyeluruh masih disimpan di Australia dan diklasifikasikan sebagai sulit utk tatapan umum. pihak yang boleh memintanya ialah Kerajaan Persekutuan, malangnya hingga kehari ini, pihak Persekutuan enggan berbuat demikian.

Diantara mangsa yang terkorban dalam nahas kapal terbang iaitu:

1.  TUN MOHAMMED FUAD STEPHENS
      Ketua Menteri Sabah
2.   DATUK SALLEH SULONG
      Menteri Kewangan
3.   DATUK CHONG THAIN VUN
      Menteri Perhubungan dan Kerjaraya
4.   DATUK PETER J. MOJUNTIN
      Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
5.   DATUK DARIUS BINION
      Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
6.   DATUK WAHID PETER ANDU
      Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
7.  Dr SYED HUSSIN WAFA
     Pengarah EC Planning Negeri
8.  ENCIK ISHAK ATAN
     Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh
9.  Kpl. SAID MOHAMMAD
     Pengawal Peribadi Ketua Menteri
10. ENCIK JOHARI STEPHENS
      Anak kepada Ketua Menteri
11. CAPT. GANDHI NATHAN
     Juruterbang.

Takziah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan